Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

والله أعلم

Thursday, 15 September 2011

Tanggungjawab


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Hari-hari pergi ke Pejabat Pos dah jadi lali. Situasi ini berlaku di pejabat pos ketika saya pos parcel.

saya:
"... a'kum kak ( sambil tersenyum ).
Ni je barangnye ya kak.
Ari ni ada 16 je ..."
.
.
.
.
.
nak amek nih,

Akak tu senyum penuh makna.

akak tu:
" w'salam..ye ok..." (
( dia balas dengan nada lembut sambil
ambil 2 beg besar yang berisi parcel-parcel tu )

bila saya dah berdiri lama depan kaunter sampai 1/2 jam tunggu kakak tu 'key'in' data post, keesokan harinya, dialog pun berubah, camni...

saya:
" a'kum kak, hari ni cuma 15 je kak..saya letak sini dulu nanti saya datang balik eh...boleh? sebab kalau saya nak tunggu kat sini...lama lah kak..."

( yes! akhirnya berjaya jugak..sekali lafaz..huhu, dalam hati ni risau jugak bimbang mana tau akak tu terasa kita anggap dia cam buat keje lambat, tapi mmg akak tu buat keje lambat pun...takpelah..asalkan dia buat, saya tak tunggu lelama depan kaunter, boleh kebas kaki mak oit..)

selepas lebih 20 minit camtu, saya pun masuk ke pjbat pos lagi, tengok2..akak tu masih terkial-kial urusakan parcel-parcel saya, kesian pulak tengok tapi takpelah just consider tu mmg keje dia, lambat atau cepat, dia mesti buat kan coz dia memang bertugas bahagian kaunter pos laju ( pada minggu tu ). ( okeyh! abaikan...ke aku ni kejam sgt ea? *bimbang* )

hari-hari berlalu, shift kerani yang bertugas telah bertukar kepada pekerja perempuan muda ( kawan akak saya ). alright! saya pun jadi lebih semangat coz tengok ada kerani lebih muda keje. Mesti dia buat keje pantas nih. ( cuma andaian ).

minggu depannya dialog pun berubah,

saya:
 "...a'kum  kak, ni barangnye ya...."

akak muda:
"..ok2..dik letak situ je k.."

saya:
" okeyh..." ( kontot je jawab masa sebab saya ingat dia ni cam bagus & pantas sikit je wat keje kan..huhu )

masa ni terpaksa tunggu kejap depan kaunter pasal dia suruh saya tunggu situ. okey. saya tunggu. ( ikut je lah kan..kalau tak dia tak buat karang..habislah aku :?..)..dan lutut dah mula rasa kejang, saya pun mula bersuara lagi..

saya:
"..kak, lama lagi ea?..." ( kalau lama, mmg ingat nak masuk dalam kete dulu and out jap coz nak tunggu lama, buang masa..)

akak muda:
" kejap je dik boleh siap nih.."
( pergh! confident kakak ni..okeyh..takpe saya tunggu..)

saya:
"..okeyh kak takpe ..take time.."
( padahal kaki aku ni dah cam nak patah tunggu depan kaunter, lama kot, lebih 30 minit..masa tu tpikir, bdiri depan kaunter, dia nak buat ape dgn aku ni eh? ajak bbual ke? mustahil!nak ajak bbual cmner pulak tgok dia buat keje yang berlambak tu.. tmasuk parcel2 saya hantar tadi..sabar je lah kan )..

..dan..tiba2..lahar kakak muda ( kerani ) tu mula meletus, haha..

akak muda:
" dik, nape tak datang pagi-pagi dik, kalau datang pepagi kite sempat post hari ni, banyak ni dik.." ( dia sekilas pandang saya sambil buat keje )

saya:
"... tak sempat lah kak nak hantar pagi, ada customer yang baru bayar tengah hari tu, kite baru nak pack and post, tu pasal lambat kak...banyak sangat ea??.." ( yang hairan ni, sebab keje-keje pengeposan bukan keje kerani tu pun, itu kan kerja posmen.lol. :/. abaikan jelah..mungkin dia dah tak tahan uruskan parcel saya yang banyak setiap hari agaknye..hurmm...)

akak muda:
"...banyak dik..nape tak telefon pos malaysia drp JB datang collect parcel kat rumah adik je senang..buat kontrak camtu..dah tepon dah orang tu..?

saya:
"..belum tepon dia lagi pun, tapi kawan saya dah penah guna perkhidmatan kontrack dengan Pos Malaysia, dia kata orang sana 'charge' kos penghataran sampai sekali hantar rm7 ( bagi berat <500g ) lah kak, lebih mahal dia cas sebulan..erm..."

akak muda:
( dengan muka dah mula stress) .." oh...erm..."

saya:
" takpe lah kak, akak buat keje pelan-pelan, saya tunggu...."

Selepas semua urusan di kaunter selesai, masuk je kereta saya terus terpikir satu perkara. Selama ni, semasa saya berurusan dengan dua kerani lelaki dan perempuan ( akak yang lebih tua ), tak pernah langsung diorang kata parcel saya hantar hari-hari banyak.lol. Malah jika nak dibandingkan saya hantar lebih banyak parcel pada kerani-kerani sebelum ni ( 1-25 parcel setiap hari) . Diorang buat je keje cam biasa. Tak penah komplain pun. Bila tiba shift akak muda ni, tetibe dia boleh kata parcel yang saya hantar hari-hari ( yang banyak 15-16 tu ) banyak? banyak ke?

( Persoalannya ? ) Bukan ke dah jadi tanggungjawab setiap kerani yang bertugas di bahagian kaunter pos laju menguruskan setiap parcel/surat post. Sebagai kerani yang bertugas, sepatutnya tak boleh lah cakap camtu. Dah jadi tanggungjawab mereka kan untuk uruskan parcel tu. Bukan kite mintak kerani2 tu hantar barang. Keje mereka cuma 'key-in' / daftarkan parcel tu je dalam pejabat. Saya rasa jika nak dibandingkan keje posmen yang menghantar barang tu lebih berat... pasal apa? diorang duk berpanas hujan kat luar hantar pos.

Jadi, bertanggungjawablah dalam apa-apa kerja sekalipun.
Jika rasa tak ikhlas, boleh tarik diri. Supaya semua orang berpuas hati. Urusan orang awam pun boleh  berjalan dengan lancar.


p/s: maaf jika saya tersilap menilai. Ini sekadar cerita yang ingin dikongsi.

No comments:

Post a Comment