Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

والله أعلم

Sunday, 18 September 2011

Who Love You The Most?


Who?

ALLAH.

Only Allah Love You The Most

#Favourite: Bihun Sup

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


dialog di rumah,

saya:
"...erm..sedapnya kalau dapat makan mi sup..slurpppp..erm..sedapnye..."
( masa ni saya cakap slow. saja suka-suka kat ruang tamu )

ibu:
"....adik...esok  ibu masak mi supppp..."
( ceria. suara ibu spontan tibe-tibe muncul dari arah dapur )

saya:
"...huh....."
( eh! hairan macammana tetiba ibu leh dengar :? )

ni namanya kami ada aura. bukan aura seri keyh :P
Aura di mana pertalian antara ibu dan anak tu tetap kuat.

esoknya, bangun daripada tidur,
bau sup ayam,

hari sabtu, biasanya tak mandi terus,
menggeliat  lepastu tak cuci gigi ape semua,
capai mangkuk,
masukkan mi,
cedok kuah.
hidang.


so far so god until saya sedar...
alamak! lada takde...

mi sup tanpa lada:
'tawar'

mi sup tanpa bawang goreng:
'kosong'

so, which one better?
mi sup ada bawang goreng tanpa lada,
cuma rasa 'tawar' je :)

alhamdulillah...

hidang bersama air soya.

sedia untuk dingap.

lepas makan:

"...sedap mummy masak.....time kasih mummy!"

ibu:
"..iyelah dik, janji adik makan.kenyang...
kalau makan kat luar tak dapat kuah banyak cmni kan?..adik kan suka kuah banyak.."

saya:
( dalam hati: ibu saya sungguh memahami :)

END

Saturday, 17 September 2011

Letih-letih. Saya perlukan rehat T_T

Jadual cuti saya di rumah dah berubah!
Ni hakikat yang saya kene terima bila
saya bukak order semula...

Bila saya kata dah stop, eh, ramai pulak yang mencari.
So, for my previous month, saya memang tak dapat rehat yang secukupnya. Terus kurus!

Guys! saya tetap terima order daripada all of you walau hati tak rela sebenarnya T_T.
But, after a month, I'm getting used to it.

Ibu pesan ni rezeki namaanya.
Alhamdulillah. 

Ibu kata:
" takpelah dik, jangan berhenti selagi orang masih mengharapkan kita.."

saya:
"...alright!.." (dalam hati antara rela / tak sebenarnya )

Asalnya saya bukak order semula masa cuti semester untuk suka-suka tapi tak sangak pulak permintaan mendadak setiap hari bila dah ramai 'repeated customer'. Non-stop. Jadi, saya tak boleh terus stop tetiba. Nak tak nak, saya terpaksa terus terima order tersebut. Syukurlah walaupun mulanya saya agak keberatan, tapi dengan adanya sokongan/dorongan daripada keluarga ( esp: ibu & abah ) saya nekad teruskan jugak. okey. Rela..

Hari-hari tugas saya pack and post the thing. layan mesej customer 24 jam k u'olss. Bila badan dah penat, waktu tidur tak cukup dah tntu pikiran pun melayang kan? sampai terbawa-bawa ke mimpi. haduih...kadang2 mimpi ngeri pun ada. Pikiran dah tak 'coordinate' dengan badan ni. So jadi miserable.  Sekarang saya dapat rasalah  macam mana kesibukan kerja harian ni boleh beri kesan pada fizikal dan mental kita. Baru saya tahu macam mana ibu bapa saya kerja berhempas pulas cari duit, balik rumah tengok rumah berkecah, bertambah pening. So, saya tau dah macam mana perasaan tu. Saya pun tak nak macam ni jugak.

" Ya Allah, beri lah aku kekuatan/ semangat untuk menghadapi semua masalah yang mendatang..."
amin..

mula-mula 1 beg je....lepas tu..

tambah lagi satu beg, jadi 2 beg dah,

then, masuk beg yang ke-3...

at last jadi 3 beg dah...
so, secara purata sebanyak 3 beg/day saya angkut pegi pejabat pos.
Non stop...haish :P

'sort and last check' sebelum post :)

lepas post, 'check & updated' tracking no pulak.
( mata dah mula pinar...tengok ceiling pun bpusing2..sangat bagus! )

slip tracking no saya simpan untuk rekod. kadang-kadang 'carbon' pada resit dah tak nampak, lagi payah nak baca. ( Time tak suka dan rasa buang masa bila saya terpaksa tenung lama-lama resit tu sampai dapat baca ). Rasa cam arkeologis pulak dah masa ni..bosannnn...

proses 'filing'. Ni semua bukti post. penting!
So, saya kene simpan baik-baik :)

bila dah buzy, ni je yang sampai dicapai :(
syukurlah, dapat beri tenaga ekpresss...
thank you susu !

susu favourite:
dutch lady + marigold..yang lain tak minum :P

END NOTE:

Saya perlukan rehat. To olss customer, jangan bimbang kalau saya tak balas mesej. Saya akan balas mesej. Cuma lambat jeee..But if korang rasa saya terlalu lambat reply, please consider saya sibuk ya. Bukan xnak layan atau sombong. Please..please understand. Out. * Release Tension*

Friday, 16 September 2011

#Review: Wet / Wipe Tissues

Assalamualaikum and hai semua :)

Saya masih di sini, syukur alhamdulillah.
Harini saya nak bagi review lagi tentang satu 'produk'.

dan entri kali ni bukan pasal cara nak buat kulit popia keyh :?
Cuba u'olss tengok gambar kat bawah ni,
.
.
.
.
haa..nampak tak ni apa dia?

okeyh,
ni bukan kulit popia yang u'olss buat gulung-gulung tu ya. Ni tisu pengelap. pengelap apa? pengelap apa-apa lah yang u'olss rasa boleh digunakan untuk mengelap.

Eh! ni bukan main-main k, gambar kat atas ni tisu key..? hewww
selalunya tisu u'olss buat untuk apa? untuk lap kan. so???

okey, jom tengok apa fungsi tisu pengelap (' wipe tissue' ) ni sebenarnya,

bukan semata-mata untuk bayi.
Multifunction.
U'olss, saya bukan suka-suka beli 'tisu wipe' ni,sebab utama, saya guna ' tisu wipe' ni  untuk buang make-up yang tebal kat muka ni setiap hari. Hari-hari saya pakai make-up, jadi takde masa nak selalu basuh. Buatnya takde air masa tu, kat mana nak basuh make-up kan? So, this wipe tissue really help me. Thank you sayang!

Specification:
15 cm X 20 cm ( 30 sheets/pack )

 Size tisu sama, cuma jumlah sheet per pack biasanya berbeza, depends pada brand apa jugak yaang u'olss beli. U'olls boleh beli tisu ni kat Econsave je keyh. Sangat murah dan berbaloi pakai untuk sebulan k. Pssst! saya tak boleh promote harga kat sini nanti orang semua cari saya pulak :P. Apa kata u'olss pi cari sendiri. Ikut pada harga promosi setiap kali datang sana k. Tak payah beli 'tissue wipe' mahal-mahal.. buat apa? Kan pakai buang jee..Asalkan takda beri iritasi pada kulit, consider it save ..

Ni hasil 1st & 2nd trial saya guna tisu ni untuk buang make-up.

Komen tentang 'tissu wipe' ni sikit ?
Sekali wipe/sapu tisu ni pada muka pun memang nampak hasilnya. 1 sheet pun dah boleh guna untuk satu muka ( bgantung pada size muka sendiri k :) ). Masuk sheet ke-2, saja-saja wipe lagi, kasi puas hati, habis bersih muka. Tak payah basuh lagi dengan cuci muka dah. Serius okeyh :). U'olss pun mesti cuba jugak.

Cara 'open and close' pun sangat pracktikal. U'olss perlu pastikan 'seal lid' pada pack tu ditutup kemas untuk elakkan tissue lembab ni kering. Bila kering tak dapatlah guna untuk buang make up. Hilang lembapan. Lepas guna u'olss boleh simpan dalam peti sejuk. Tahan lama :)

Manfaatnyeee :)

Apa-apa jenis tisu wipe pun bagus cuma u'olss mesti pastikan 'tisu wipe' ni betul-betul 'bebas alcohol'. Lagi bagus guna yang 'gentle and mild'. Supaya kulit terjaga. Kalau jenis tisu tu kasar sangat pun boleh calar kulit kan. So, make a better choice yeah :)

full packaging macam ni. ( sekali pandang pun aku dah teruja nak pakai... )

Next,
If u'olss pegi Watson, u'olss boleh beli satu lagi jenis 'tissue wipes/wet tissue'.
Jenis 'wipe tissue' ni pun jadi favourite saya jugak,
Purple: Lavender Scented
Red: Rose Scented
Green: Green Tea Scented

Usage:
Open the resealable label, pull out the wet tissue and properly reseal the pack. Wipe the skin/surface and leave it to dry. Done!

Caution:
Close reasealable lid compeletely to prevent wet tissues from drying. Do not flush used tissue into toilet. Dispose of in a waste container. If irritation occurs, stop use and consult a doctor if necessary.

Storage:
Store in a cool and dry place, away from direct sunlight.

Specification:
 15cm X 20cm ( 10 wipes/pack )

So, sampai sini sahaja entri kali ni. Happy coz saya dah tak perlu bimbang lagi bila nak buang make-up, tercari-cari air bila keluar jalan-jalan. U'olss beli and try lah untuk kegunaan and kemudahan diri sendiri jugak keyh. Dah cuba boleh share komen kat sini pulak :) Sharing is caring k olss. Papai. Assalamualaikum :)

Thursday, 15 September 2011

Tanggungjawab


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Hari-hari pergi ke Pejabat Pos dah jadi lali. Situasi ini berlaku di pejabat pos ketika saya pos parcel.

saya:
"... a'kum kak ( sambil tersenyum ).
Ni je barangnye ya kak.
Ari ni ada 16 je ..."
.
.
.
.
.
nak amek nih,

Akak tu senyum penuh makna.

akak tu:
" w'salam..ye ok..." (
( dia balas dengan nada lembut sambil
ambil 2 beg besar yang berisi parcel-parcel tu )

bila saya dah berdiri lama depan kaunter sampai 1/2 jam tunggu kakak tu 'key'in' data post, keesokan harinya, dialog pun berubah, camni...

saya:
" a'kum kak, hari ni cuma 15 je kak..saya letak sini dulu nanti saya datang balik eh...boleh? sebab kalau saya nak tunggu kat sini...lama lah kak..."

( yes! akhirnya berjaya jugak..sekali lafaz..huhu, dalam hati ni risau jugak bimbang mana tau akak tu terasa kita anggap dia cam buat keje lambat, tapi mmg akak tu buat keje lambat pun...takpelah..asalkan dia buat, saya tak tunggu lelama depan kaunter, boleh kebas kaki mak oit..)

selepas lebih 20 minit camtu, saya pun masuk ke pjbat pos lagi, tengok2..akak tu masih terkial-kial urusakan parcel-parcel saya, kesian pulak tengok tapi takpelah just consider tu mmg keje dia, lambat atau cepat, dia mesti buat kan coz dia memang bertugas bahagian kaunter pos laju ( pada minggu tu ). ( okeyh! abaikan...ke aku ni kejam sgt ea? *bimbang* )

hari-hari berlalu, shift kerani yang bertugas telah bertukar kepada pekerja perempuan muda ( kawan akak saya ). alright! saya pun jadi lebih semangat coz tengok ada kerani lebih muda keje. Mesti dia buat keje pantas nih. ( cuma andaian ).

minggu depannya dialog pun berubah,

saya:
 "...a'kum  kak, ni barangnye ya...."

akak muda:
"..ok2..dik letak situ je k.."

saya:
" okeyh..." ( kontot je jawab masa sebab saya ingat dia ni cam bagus & pantas sikit je wat keje kan..huhu )

masa ni terpaksa tunggu kejap depan kaunter pasal dia suruh saya tunggu situ. okey. saya tunggu. ( ikut je lah kan..kalau tak dia tak buat karang..habislah aku :?..)..dan lutut dah mula rasa kejang, saya pun mula bersuara lagi..

saya:
"..kak, lama lagi ea?..." ( kalau lama, mmg ingat nak masuk dalam kete dulu and out jap coz nak tunggu lama, buang masa..)

akak muda:
" kejap je dik boleh siap nih.."
( pergh! confident kakak ni..okeyh..takpe saya tunggu..)

saya:
"..okeyh kak takpe ..take time.."
( padahal kaki aku ni dah cam nak patah tunggu depan kaunter, lama kot, lebih 30 minit..masa tu tpikir, bdiri depan kaunter, dia nak buat ape dgn aku ni eh? ajak bbual ke? mustahil!nak ajak bbual cmner pulak tgok dia buat keje yang berlambak tu.. tmasuk parcel2 saya hantar tadi..sabar je lah kan )..

..dan..tiba2..lahar kakak muda ( kerani ) tu mula meletus, haha..

akak muda:
" dik, nape tak datang pagi-pagi dik, kalau datang pepagi kite sempat post hari ni, banyak ni dik.." ( dia sekilas pandang saya sambil buat keje )

saya:
"... tak sempat lah kak nak hantar pagi, ada customer yang baru bayar tengah hari tu, kite baru nak pack and post, tu pasal lambat kak...banyak sangat ea??.." ( yang hairan ni, sebab keje-keje pengeposan bukan keje kerani tu pun, itu kan kerja posmen.lol. :/. abaikan jelah..mungkin dia dah tak tahan uruskan parcel saya yang banyak setiap hari agaknye..hurmm...)

akak muda:
"...banyak dik..nape tak telefon pos malaysia drp JB datang collect parcel kat rumah adik je senang..buat kontrak camtu..dah tepon dah orang tu..?

saya:
"..belum tepon dia lagi pun, tapi kawan saya dah penah guna perkhidmatan kontrack dengan Pos Malaysia, dia kata orang sana 'charge' kos penghataran sampai sekali hantar rm7 ( bagi berat <500g ) lah kak, lebih mahal dia cas sebulan..erm..."

akak muda:
( dengan muka dah mula stress) .." oh...erm..."

saya:
" takpe lah kak, akak buat keje pelan-pelan, saya tunggu...."

Selepas semua urusan di kaunter selesai, masuk je kereta saya terus terpikir satu perkara. Selama ni, semasa saya berurusan dengan dua kerani lelaki dan perempuan ( akak yang lebih tua ), tak pernah langsung diorang kata parcel saya hantar hari-hari banyak.lol. Malah jika nak dibandingkan saya hantar lebih banyak parcel pada kerani-kerani sebelum ni ( 1-25 parcel setiap hari) . Diorang buat je keje cam biasa. Tak penah komplain pun. Bila tiba shift akak muda ni, tetibe dia boleh kata parcel yang saya hantar hari-hari ( yang banyak 15-16 tu ) banyak? banyak ke?

( Persoalannya ? ) Bukan ke dah jadi tanggungjawab setiap kerani yang bertugas di bahagian kaunter pos laju menguruskan setiap parcel/surat post. Sebagai kerani yang bertugas, sepatutnya tak boleh lah cakap camtu. Dah jadi tanggungjawab mereka kan untuk uruskan parcel tu. Bukan kite mintak kerani2 tu hantar barang. Keje mereka cuma 'key-in' / daftarkan parcel tu je dalam pejabat. Saya rasa jika nak dibandingkan keje posmen yang menghantar barang tu lebih berat... pasal apa? diorang duk berpanas hujan kat luar hantar pos.

Jadi, bertanggungjawablah dalam apa-apa kerja sekalipun.
Jika rasa tak ikhlas, boleh tarik diri. Supaya semua orang berpuas hati. Urusan orang awam pun boleh  berjalan dengan lancar.


p/s: maaf jika saya tersilap menilai. Ini sekadar cerita yang ingin dikongsi.

Wednesday, 14 September 2011

Dont cry please :(

#Review: PIXY Silky Fit Lipstick


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Hai lipstick! susahnya nak cari warna sesuai nie..
Aritu, saya jalan-jalan cari lipstick sbb lipstick dah nak habis.
Ok, syukur alhamdulillah dapat beli lipstick brand pixy ni.

di sebuah shop perhiasan,

saya:
" kak, tak penah nampak pun lipstick jenis ni, ni betul pixy ea? ( dah tau ada chop, pixy , pixy lah kan? tanya pulak lagi.hew2..mana tau tiruan, that why kite push dia dengan macam2 soalan ) tak penah nampak pun sblum ni ada jual sni ?? ( excited! )

kakak tu:
 "...ha'ah dik tu pixy lah, kan ada tulis tu, tu smua pixy lah..mmg baru letak sini..."

saya:
"..oh okeyh..."  ( kakak tu menjawab soalan, bagus! hehe )

sambil rakus membelek & try lipstick yang ada. :P

saya:
 " kak.....errr...."

kakak tu:
" yup...."

saya:
"....boleh try dulu kan.." 

kakak tu:
"...boleh ." ( ermmm dia cam sombong jeee :/ )

sebenarnya kite dah try dulu sblum minta izin pn tp cam segan dia ada kat situ just tengok me and my sis try satu per satu....buat pura-pura tanya je...haha!

kakak tu cam takde mood and  cam tak sudi layan kite orang pong :( 

Next, kita pun celit stp warna yang ada pada kerongsong lengan sendiri, habis 1/2jam kat situ, tak penah lama gini pilih lipstick mak oit..sebab excited punya pasal jumpa keluaran lipstick pixy terbaru okey? :)

cubaan pertama:
celit-celit macam ni je lah :P

cubaan kedua:
habis penuh kerongsong lengan kene celit lipstick.
drp warna merah mak ngah sampai ke pink panther :/

lepas dah habis kecah tempat tu..huhu..at last beli yang ni:
from bottom

Silky Fit Lipstick
Picxy Colours Of Delight
203: Rosy Pink Satin !
Net: 3.8g
Price: around RM14 ( sangat2 berpatutan  tau..)
Manufacture by: PT Mandom Indonesia Tbk.

top view.

Setakat ni lipstick jenis ni takde jual kat Guardian / Watson lagi.Try cari kat kedai2 luar yang jual barang make up, mesti  ada jual lipstick ni.kompem! ( heheh..confident k... ).

asal beli bukan cam ni tau, siap kotak yup :)

dah beli kene pakai bukan buat stock melambak
( ingatkan diri ni jugak! ngee~ )


ops! sorry gambar ni diambil masa pakai masker sekali :P


..and I felt in love with this lipstick..memang best! ladies2.. u should try too yeah :) colour pink menarik! cukup melembab. bibir tak jadi kering sampai wktu kite buang make-up. Dont worry. memang tahan lama.

..and saya tau.. Pixy tak penah menghampakan.
Thank you sayang... ! :)

Tuesday, 13 September 2011

Kita mungkin...

saya: 
"..cantiknyee pompuan ni...cuba tengok ni long..sinilah..cantik kan??"

along: 
"..ermmmm..cantik ke? aku tak respect lah perempuan camni..dah tunjuk gambar pakai tudung pastu tibe bukak album, nampak gambar dia tak pakai tudung pulak. erm..mmg aku tak respect lah...."


lain orang lain hatinya.
lain hati lain penilaiannya.
jaga hati masing-masing.
 ( mengingatkan diri ni jugee :) )

Saturday, 10 September 2011

Semua boleh berubah!

Tak semua orang yang baik tu akan terus baik.
kalau baik, syukur alhamdulillah.
Moga menjadi hamba Allah yang baik hingga ke akhirnya.

Tak semua orang jahat akan berterusan menjadi jahat
tapi kalau dah selalu jadi jahat, jadi terbiasa,
memang susah nak ubah.
Orang jahat pun kadang sedar diri dia tu jahat.
tapi jarang dia mengaku diri sendiri alim macam nabi.
(macamana orang yang good-good ni selalu puji diri sendiri)

Kesimpulannya,
Manusia tak pernah sempurna walau dialah yang terhebat.
Manusia melakukan kesilapan. Manusia boleh berubah. Mengingatkan diri jugak.

okey. jom dengar lirik lagu ni.
off music on right, click on pada video di bawah ni )


".... tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi ...."


Tuesday, 6 September 2011

Rehat Sebentar

Hari ni tak sibuk layan customer.

siap ada masa jenguk TUMBLR.

Semalam sibuk reply inbox and modified BLOG.

Pejabat Pos semalam pun sendat.

Hopefully harini tak sesendat semalam. :)

Monday, 5 September 2011

Komen Raya

Alhamdulillah,
tahun ni tak banyak kemalangan yang berlaku di lebuh raya.

Moga semuanya selamat pergi dan pulang
berhari raya.

Amin..

Bosan tapi Seronok

bosan tapi seronok.
macam mana tu?

bosan sebab asyik duduk
depan laptop. balas mesej dan semua pertanyaan.

seronok sebab cuti masih panjang.
walaupun dalam kepala macam-macam
nak buat ni. 
*ligat fikir*

Permulaan Blog Baru


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Motif utama buat blog yang baru.

sebab blog yang lama serabut.

Saya mau entri yang lebih besar

untuk memuatkan gambar yang lebih besar.

puas.

puas hati.

ok. assalamualaikum!