Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

والله أعلم

Thursday, 20 October 2011

Halal: Ini urusan agama kita

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Eja: 
"... masa saya buat entri mengenai status halal ni, semua website Portal Rasmi Halal Malaysia, Halal Jakim dan seumpamanya tak boleh bukak, puas cari sumber mengenai status halal haram yang boleh dipercayai, mujur and syukurlah ada seorang hamba Allah ni sudi share dalam entri blog beliau mengenai status beberapa makanan, produk dan restoran di Malaysia ni, moga entri ini memberi input yang berguna pada semua...amin..."

Sekadar berkongsi ^__^

Sumber
Super Tips Kehidupan

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. 
Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM
kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N 
seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :

i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.
Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.

ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.

 iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.

 iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.

v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

 Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE .

Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan:
Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

 Jawapan:
Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

والله أعلم

"..Dan Allah lebih tahu.."

Sabda Rasullah: 

"..Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


Apa makna Ilmu?

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Berdakwah tapi takde Ilmu? 



Sumber: Super Tips Kehidupan 

Pada suatu hari, dihalaman sebuah masjid yang masih dibenarkan bilal mengaji menggunakan speaker sebelum subuh, aku terjumpa seorang kawan, (asal jumpa kawan jer masjid, asal masjid jer jumpa kawan, macam alim sangat aku ni) lalu kamipun duduk lepak kejap di tangga masjid sambil berborak isu isu semasa laksana mamat dan minah berborak di wall facebook,

“ Hamka, jika nak berdakwah, kita kena ada ilmu, cuba tengok mamat tu..”

(sambil merujuk kepada seorang lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor)

“ Mamat tu sibuk nak berdakwah ke sana ke mari, tapi ilmu takde, nak berdakwah kena ada ilmu!”

Begitulah luahan seorang kawan lama yang perasan pandai bab ugama kepada aku lalu aku menukilkan secara ringkas di sini.

Kau tahu apa maksud ilmu yang kau cakap mamat tu takde? Kau tahu apa maksud ilmu dari segi ugama?

“ Maksud ilmu adalah pengetahuan yang di susun sebelum di gunakan dalam bidang bidang tertentu.”

Kepala otak kau! jika faham maksud ilmu adalah begitu, salah! cepat bagi jawapan yang betul tentang apa maksud ilmu?

“ Err, Ilmu adalah proses untuk mendapatkan pengetahuan ”

Itu bukan ‘ilmu’, itu ‘belajar’, cepat cakap, apa maksud ilmu! 
(Dalam hati: Bodoh rupanya mamat ni)

“ ilmu adalah belajar dan amal ”

Tak jelas maskud ilmu yang kau cakap tu, semua ilmu adalah untuk di amalkan jika berfaedah, sekarang ni kita bincang bab ugama, apa maksud ilmu ugama? Cakap orang takde ilmu ugama, aku tanya apa maksud ilmu pun tak tahu!

“ Err, ilmu adalah jalan orang yang bertaqwa ”

Lagilah tak betul, jawapan tu umum, susahlah macam ni.

Ok, aku bagi soalan mudah sikit, apa maksud solat ?

“ Maksud solat adalah bermula dengan niat dan berakhir dengan salam ”

Itu bukan maksud solat, itu cara cara nak bersolat, aku tanya MAKSUD! Bukan cara cara!

“ Err, solat adalah tiang ugama ”

Ni tahu ke tak tahu ni?, berapa tahun dah solat tapi tak tahu maksud solat?

Baik, aku bagi soalan mudah sikit, apa MAKSUD kalimat Tauhid?

“ kalimah Tuhid tu apa? ”

Alahai.., (Dalam hati: bodoh rupanya), Kalimah Tauhid tu Kalimah La ila Ha illALLAH.

“ OOOO, itu aku tahu, maksud kalimah itu adalah Tiada Tuhan Melainkan Allah ”

(Dalam hati: Itu bukan MAKSUD mangkuk!,) Itu MAKNA, budak darjah satu pun tahu makna kalimah Tauhid tu, tapi aku tanya sekarang MAKSUD! Bukan makna!

(garu garu kepala sambil tersengih)

Akupun telan air liur dan berbicara:

Kau faham tak apa itu MAKSUD?, setiap amalan kita pasti ada TUJUAN, ada ARAH, ada MAKSUD, bukan Allah buat sia sia, rujuk Al quran: Ali ‘Imran ayat 190 – 191, Allah cerita: Dalam setiap kejadian ada tujuan, Allah cipta sesuatu tu tak sia sia, Air ada tujuan di Cipta, api ada tujuan di cipta, begitu jugak manusia ada TUJUAN di cipta, ada MAKSUD akan sebab penciptaannya, macam VISI, MISI yang selalu kita belajar kat sekolah tu, vision and mission, itulah MAKSUD.

Bab solat, maksud solat ada cerita dalam Al quran, iaitu maksud solat agar dapat orang bersolat itu MENCEGAH MAKSIAT, Firman Allah: Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya’ dan mungkar. (Surah al-Ankabut 29: 45) yang mana sekiranya kau solat tapi buat jugak maksiat, itu bermakna solat kau belum mencapai MAKSUD, solat mungkin sah, tapi Maksud tak capai.

Ada sesetengah ulamak menerangkan MAKSUD solat adalah MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT KE LUAR SOLAT, itu pun betul, yang mana jika dalam solat kita tak buat maksiat dan kekalkan di luar solat tanpa buat maksiat jugak, di sini bermakna solat kita telah mencapai MAKSUD, faham!

Dalam Al quran juga Surah Al-Ma’un ayat 4 hingga 6, Allah ada mengutuk orang yang lalai dalam solat, yang mana jika solat lalai, maka solat itu tidak mencapai MAKSUD! Faham tak!

(Hamba Allah tu tersngih sengih, aku menyambung lagi)

Sempena puasa ni aku tanya kau, apa MAKSUD puasa?

“Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam”

Wah confident gila, Aku cakap kau bodoh, nanti kau marah aku, tapi bila tak cakap bodoh senang senang jer kau tuduh orang yang berdakwah tak de ilmu, apa yang kau cakap menahan lapar bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam tu bukanlah MAKSUD puasa cik abang hoi, itu CARA nak berpuasa. Budak tadikapun tahu!

Sama macam Kalimah Tauhid tadi, kau cakap MAKSUD mengucap, tiada tuhan melainkan ALLAH, itu MAKNA!, sedangkan MAKSUD mengucap adalah untuk MENCEGAH SYRIK, dengan menafikan bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, sebab tu ada sesetengah ulamak menerangkan MAKSUD Mengucap Kalimah Syahadat itu adalah MENAFIKAN KEBESARAN MAKHLUK DALAM HATI DAN MEMASUKKAN KEBESARAN ALLAH kerana jika ada kebesaran makhluk dalam hati, maka hati akan jadi syirik, sebab tu kalimah NAFI dan ISBAB itu BERMAKSUD untuk mencegah syirik dari sebesar besar syrik (sembah selain Allah-berhala) kepada sekecil kecil syirk(yakin kepada makhluk-duit, pangkat, kuasa)Faham?!

Jadi, apa maksud puasa?

“ Err, untuk memahami penderitaan orang susah ”

Ha, dah pandai dah guna common sense, betul, puasa ni ada beberapa MAKSUDnya dan salah satu adalah untuk memahami perasan orang miskin agar lebih bersedia membantu mereka kelak, dan perkara ini dapat di capai bukan setakat menahan lapar bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam, tapi akan dapat di capai bila kita bersederhana waktu berbuka dan bersahur, ada orang makan sampai penuh perut sehinga puasa langung tak lapar, yang mana bila puasa langung tak lapar sebab makan terlalu banyak waktu sahur dan berbuka, maka MAKSUD puasa sudah tidak dapat di capai.., pesan Nabi berserdahanalah, dan Allah benci dengan mereka yang memenuhkan perut dengan sepenuh punuhnya (rujuk Hadith Fadilat ramadhan ms 44)

Selain itu Maksud puasa adalah MEMBAWA SIFAT TAAT MALAIKAT DALAM DIRI, yang mana kita ketahui Malaikat adalah makhluk yang paling taat sedangkan kita ada Nafsu yang menghalang sifat Taat Malaikat bertapak dalam diri, dengan berpuasa, tak makan, tak minum, tak bersetubuh, tak mengumpat macam Malaikat, maka insyALlah sifat Taat malaikat akan datang dalam diri, dan dengan berpuasa, nafsu akan jadi lemah, maka lebih mudah lagi sifat malaikat akan datang dalam diri, dan di malam hari setelah bersederha berbuka puasa, Nabi galakkan ummat pula agar BERIKTIKAF kerana MAKSUD berkitikaf adalah sama dengan MAKSUD puasa iaitu MEMBAWA SIFAT TAAT MALAIKAT DALAM DIRI, sebab tu bulan Ramadahan, puasa dan iktikaf tak boleh di pisahkan, jadi jika korang tak tahu MAKSUD puasa macam mana korang nak rasai INDICATORnya sebelum MUHASABAH? Faham?

Sama jugak semua amalan lain, semuanya ada MAKSUD.

Dengan ada MAKSUD maka mudah untuk kita muhasabah diri, lepas solat cuba kita check kenapa diri ini masih buat maksiat sedangkan dan lama solat dah, tapi bila kita tahu MAKSUD solat, dan selepas muhasabah tahulah kita rupanya solat kita yang tak kyusuk buat solat kita tak mencapai MAKSUD mencagah fahsyar dan Mungkar.

Semua amal akan mudah untuk di muhasabah apabila kita tahu MAKSUD dalam setiap ibadat kita.

Sama jugak lepas bulan puasa, check, kenapa hati belum jadi lembut dan taat macam malaikat, bila muhasabah rupanya waktu puasa kita banyak mengumpat, berbuka puasa makan sampai penuh perut buat nafsu tak lemah dan melengahkan solat magrib serta malas beriktikaf, jadi kena sama sama improve diri..

Secara ringkas:

Sila belajar MAKSUD bagi setiap amal, Bagi siapa yang tak tahu. Maksud Zakat adalah untuk mensucikan hati kita, Maksud Sunnah pula adalah untuk menimbulkan keyakinan bahawa cara hidup Nabi sahaja memberi kejayaan..

Banyak lagi nak cerita, MAKSUD ikhlas tu apa ? tahu tak? Maksud IKRAM MUSLIMIM tu apa? Tahu tak apa Maksud haji? Panjang nak cerita, sila rujuk Buznama terdekat..

Last sekali, aku nak HIGHLIGT:

APA MAKSUD ILMU?

Tak tahu pun, cakap pong pang pong tuduh orang tu takde ilmu,orang ni takde ilmu, aku tanya APA MAKSUD ILMU pun tak tahu?

So, sekarang, kau pergi jumpa mamat tu.

(sambil merujuk kepada seorang lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor)

Tanya dia APA MAKSUD ILMU, aku percaya mamat tu boleh jawab soalan tu semudah korek hidung.

Sekarang, pergi tanya dia. demi kebaikkan Hari akhirat.

(Dalam hati:sekarang berambus dari hidup aku, dan pergi mulakan hidup baru!-woha)

Lalu Hamba Allah tu pun dengan penuh keinsafan pergi mendekati lelaki beserban, berjubah, berjanggut yang boleh di tuduh sebagai budak tabligh atau ahli pas atau wahabi atau syiah atau penyanyi nasyid yang sedang beriktikaf selepas solat zohor….

Sekian.

Ps: Selepas kembali si Hamba Allah tu, ternyata mamat yang di tuduh berdakwah takde ilmu tu tahu jawapan berkenaan MAKSUD ILMU dan menjawab dengan mudah, alhamdulillah, sebagai anti klimath, aku nak tanya korang apa maksud ilmu? dan sila bincang di ruangan komen, salah tak pe, aku ajar, pandai boleh kongsi, insyAllah.

Ps2: Cuba test kawan korang yang berlagak bab ugama, cuba tanya maksud puasa, maksud solat, tengok boleh jawab tak, lepas tu ambik peluang untuk bagitahu betapa penting sifat rendah diri kerana kita ni, jangan berlagak bab ugama ni, Tuhan marah, kerana hakikatnya kita: makin tahu makin tak tahu… pesan kepada diri sendiri.

Tuesday, 18 October 2011

Cerita Zikir

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Dari Abu Musa r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda :
Umpama orang yang mengingati Tuhannya dan orang yang tidak mengingati
Tuhannya ibarat orang yang hidup dan orang yang mati.

Sesungguhnya Allah memiliki sejumlah malaikat yang tugasnya hanya
berkeliling di jalan-jalan untuk mencari tempat-tempat bagi orang-orang yang berzikir.
Dan jika mereka melihat ada sekelompok orang yang berzikir, maka mereka memanggil kawan-kawanya untuk mendatangai tempat itu. Maka Para malaikat turun ke langit dunia dengan menaungi majlis zikir itu dengan sayap-sayap mereka. Sekembalinya, mereka ditanya oleh
Tuhan mereka padahal Dia Maha Mengetahui lebih dari meraka.

Tanya Allah :
Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu Itu?

Jawab para malaikat :  
Mereka sedang bertasbih,bertakbir, bertahmid dan bertamjid untukMu.

Tanya Allah : 
Apakah mereka pernah melihatAku?

Jawab para malaikat : 
Mereka belum pernah melihatMu.

Tanya Allah :  
Bagaimanakah kalau mereka pernah melihatKu.

Jawab para malaikat : 
Kalau mereka pernah melihatMu,pasti mereka akan bertambah
banyak memujiMu.

Tanya Allah :  
Apa yang mereka minta?

Jawab para malaikat : 
Mereka meminta dimasukkan kedalam surgaMu

Tanya Allah : 
Apakah mereka pernah melihat surgaKu?

Jawab para malaikat : 
Mereka belum pernah melihatnya.

Tanya Allah : 
Bagaimana kalau mereka pernah melihatnya?

Jawab para malaikat : 
Jika mereka pernah melihatnya tentu mereka akan lebih banyak
memintanya.

Tanya Allah : 
Dari apa mereka mohon perlindungan?

Jawab para malaikat : 
Mereka mohon perlindungan dari siksa api neraka.

Tanya Allah :
 Apakah mereka pernah melihatnya?

Jawab pada malaikat : 
Mereka belum pernah melihatnya.

Tanya Allah : 
Bagaimana kalau mereka pernah melihatnya?

Jawab para malaikat : 
Jika mereka pernah melihatnya,pasti mereka akan lebih banyak
mohon perlindungan daripadanya.

Kata Allah : ìKetahuilah dan saksikanlah bahwa Aku telah memberi ampunan kepada
mereka.

Kata seorang dari para malaikat : 
Di antara mereka ada seorang yang tidak ikut berzikir, ia
datang kerana ada suatu hajat.

Kata Allah : 
Orang-orang itu tidak akan membawa sengsara kepada kawan duduknya.î

(HR Tirmidzi, Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Syahin)

Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya.î Tanya
para sahabat : ìApa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?î
Sabda beliau :î Ia adalah majlis-majlis zikir.
(HR Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,
AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :
Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung ,
mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir
mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa
(HR Tirmidzi dan Thabrani)

Abu Saíid Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :
Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah, sehingga orang mengatakan bahwa
kamu telah gila.

 (HR Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Dari Abu Dardaí ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu,
paling meningkatkan kedudukan kamu,paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik
dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh
kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang?

Jawab mereka :
Mahu, wahai Rasulullah.

Sabda beliau: 
Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya
(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)

Dari Muíadz ibnu Jabal bahwasanya Rasulullah saw bersabda :
Tidak suatu amalan pun yang dikerjakan oleh anak Adam yang dapat menyelamatkan
dirinya dari siksa Allah yang melebihi daripada amalan zikir (kecuali dengan berzikir)
kepada Allah.

 Dalam riwayat lain disebutkan :
Tanya mereka : Apakah berjihad di jalan
Allah tidak menyamai-nya, wahai Rasulullah?

Sabda beliau :
Tidak juga, kecuali jika mereka yang berjuang berperang mati-matian
sehingga senjatanya terputus-putus. (3 kali)

(HR. Thabrani di dalam Al Kabiir dan Al Ausat dan Ibnu Abi Syaibah)

Monday, 17 October 2011

Tenang

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saya tenang.

 Saya redha sekarang.

Syukur , اَلْحَمْدُلِلّهِ

10 Surah Mujarab Dari Nabi SAW


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. 

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK 
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.. 

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Saturday, 15 October 2011

Senyuman Adalah Sedekah ^__^

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu:

" Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan? " 

 Sang Guru menjawab sederhana,
 " Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. 

 Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri. 

 Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. 

 Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang. 

 Dari Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu s.a.w beliau bersabda: “ Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan seberat biji sawi ”.

Seorang laki-laki bertanya : 
“Ada seseorang suka bajunya bagus dan sandalnya bagus (apakah termasuk kesombongan?)”.

Beliau menjawab : 
Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia." (Riwayat Muslim) 

 Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda “ Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.” (Riwayat Ahmad) 

 Dari Abu Dzar r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya: " Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha." (Riwayat Muslim) 



19 Hadis Nabi Mengenai Wanita



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. 

 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

 3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah

 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan

 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 

 7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

 10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki

 11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “ Suaminya ”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “ Ibunya ”. 

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 

 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab

 16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu

 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga

 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga

 19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Sabda Rasullah:
" ...Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Ganjil?


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Gadis melayu berniqab, ganjil?

Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?

Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?

Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?

Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?

Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana
walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?

Gadis melayu pakai stoking tangan
walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?

Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain
walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?

Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?

Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit
dan tidak terhidu orang lain, ganjil?

Gadis melayu tak ‘couple’ sebelum nikah, ganjil?

Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan
 untuk taat kepada agama, ganjil?

Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: 

“ Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. 
Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. 
Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim) ”


Selera Tiba-tiba


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Saya sudah di rumah.

Bila pulang rumah, selera makan terus bertambah.

dahsyat kan?? 

Masa kat U tak terfikir langsung nak makan.

Walau perut dah berbunyi banyak kali pun saya abaikan :)

Azam duduk rumah selama 6 bulan ni saya nak gemok kan badan semula.

ai semula ke?

serius penah gemok dulu, tapi entah macam mana

berat boleh down sekarang.....erm..


senyum lebar dapat balik rumah.

^____^

 اَلْحَمْدُ لله عَلَى كُلِّ حَالٍ

Wednesday, 12 October 2011

Remember

" It doesn't matter how fast you run, 
 what matters is how long you run.
There may be many instances to break you down on your journey; 
 what makes you winner is 
 your ability to stand and run again. 
 Never lose on your way; 
 you are not a loser unless you accept it."

 اَلْحَمْدُ لله عَلَى كُلِّ حَالٍ

Saturday, 8 October 2011

Cuti Hujung Minggu


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



hari sabtu. satu-satunya hari free dalam minggu ni.

Ibu abah uted ecyne datang puncak alam.

walaupun baru seminggu kat sini, 

alhamdulillah lepas rindu pada mereka semua :)

 اَلْحَمْدُ لله عَلَى كُلِّ حَالٍ


Friday, 7 October 2011

4th Week Lecture,


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Minggu ke-4 kuliah, semuanya nampak kalut tapi masih boleh managed.

memang dah tak sempat nak updated blog.

keadaan hostel tunggang langgang lagi. haish!

Hopefully, ada masa nak updated semuanya.

Adaptation  :)